Home » , » Result Semester 2.

Result Semester 2.


AMARAN KERAS: Entri ini bukan untuk menunjukkan niat berlagak atau menunjuk, tapi hanyalah untuk meluahkan rasa hati dan menjadi sumber motivasi untuk kita bersama.
Maaf, belum apa-apa dah bagi disclaimer. Entah apa-apa ntah. Takda la, cuma nak korang buang prasangka yang tak elok awal-awal. By the way, terima kasih kerana melawat blog yang tak berapa ni. Jarang update, tapi tetap terima kunjungan. Ni semua penangan SEO. Thanks korang.

Kebanyakkan student melayu rata-rata datang daripada UiTM. So, wajarlah seorang dua pembaca blog ni daripada kalangan student UiTM. So, hari ni result dah keluar, macam mana dengan result korang?

Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah bagi yang dapat Dean's List dan pada yang ada repeat paper, takpe, buat betul-betul kasi dapat A. Dari dapat C, kan buruk result tu. Kalau repeat, dapat A, boleh senyum riang. Haha. Ape kau merepek ni Megat!

Sekarang nak ulas pasal result aku sem ni. Korang nak dengar, dengar, tak nak, sudah! Boleh pergi dari blog ni. Haha! Emo tak pasal. Gurau je meh!

Result aku semester ini sebenarnya takde la teruk sangat dan takde la baik sangat. Berbanding dengan semester lepas, aku hanya dapat 2.**, sungguh aku tak tipu. Yes, korang pun expect aku tak tipu pun. Sampai hati! Haha. Time tu memang beri bukan setakat tamparan je, sepakan, terajangan, tumbukan, tendangan terhadap aku. Aku tak pernah rasa seteruk tu.

Dulu badan aku gemuk, sekarang kurus melidi penangan pointer sebegitu. Eh? Aku tipu ke? Hehe. Time tu aku mula berazam baru, taknak main-main lagi, tak berDota lagi, tak berBlog lagi.. eh? Bukan tak berblog, tapi jarang update blog. Sekarang, aku sudah buktikan azam aku ni bukan main-main. Haha! Bangga sekejap. Sebab almost azam aku tak tercapai.

Dari dulu, pointer aku hampir di kick-out ke pointer aku hampir nak dekan. Whoa! Aku rasa nak menangis je. Macam tak percaya.
Hek eleh kau, belum dekan lagi dah beria nak menangis. Agaknya kalau dah dekan, mau terjun bangunan tak?
Apa-apa pun aku nak bagi credit pada orang-orang ini yang banyak membantu aku at least ada la jugak selain my own effort.

My Mum and late Dad, Family
Percaya tak, result semester lepas sampai ke sudah aku tak kasi tau kat mak, kat family aku. Jahil bukan? Haha. Bukan taknak bagitau, cuma rasa malas nak bagitau result yang hampeh tu. Anyhow, thanks to my mum (she read my blog..err..curi-curi) sebab belikan biskut, jajan, shampoo, pencuci muka, senang cerita my hardware la, dan aku anggap ia sebagai pengorbanan. Heeee.. Support lagi tau?

Arwah Ayah juga banyak membantu, motivate me until now. Even though, he not in zahir, but i felt his sacrifice in yesteryear which make me stand because of him! Dialah yang dulu tak jemu-jemu hantar, ambik aku pergi tuisyen semata-mata ingin tengok aku berjaya. Dia seorang bapa yang sangat pentingkan ilmu. He never smile when he see my result but his eyes cannot lies to me. I know =')

My Classmates, Roomate
Classmate aku semua pandai-pandai. Yes, bangga la tu aku puji korang pandai? Eh..menyampah pulak. Tapi aku rasa nak bagi more credit to Muzakkir (jangan add dia kalau tak kenal) sebab to be honest walaupun dia marah-marah aku banyak tanya dia, tapi dialah paling banyak tolong aku yang tak berapa cekap dalam belajar. Aku ingat lagi time nak exam, dia nak masuk tidur, baru je letak kepala tetiba aku hantar mesej tanya soalan, pastu dia bangun balik, tolong la aku ni haa. Yes, aku terharu! By the way, jangan kau nak besarkan kepala pulak eh? Tolong aku ni haa. Banyak lagi sem tak habis lagi. Habis je ni, aku taknak jumpa kau dah! Haha! Bagai madu sepah maharaja lawak. Ha? Tak lawak? Okee...

Next, my roomate, Yea! Amin aka Awe (again, jangan add dia kalau tak kenal). Dia roomate aku semester 2 dan mungkin 3 juga. Well, terima kasih banyak-banyak kat kau sebab banyak bantu aku, tambah-tambah lagi keluarkan soalan 'advance' pada aku. Banyak membantu owh! Kau tak lokek, aku suka. Haha. Aku tau kau stalk blog ni. Jangan menangis terharu apa yang aku cakapkan ni sudah. Thanks sekali lagi.

Then, my classmate rival, you guys such a great rival. Really hard to defeat you guys. Yang lain pun banyak membantu juga. Jangan kecil hati :)

My Lecturers
I don't know how to say, but you guys really hardworking lecturer, tak jemu ajar kelas kami yang sometimes agak pendiam, terima kasih sekali lagi! Sekadar hamper pemberian kami sekelas tak mampu dibayar nilai harga ilmu which is priceless. Dan lagi satu, I don't think lecturer in Uni is different with teacher in school. Sebab mereka semua tunjukkan effort supaya semua student boleh dapat apa yang diorang nak. Different with other lecturers yang kita selalu provok. I know you know what I mean.

Oke, penat melalut. Apa-apa pun, tahniah untuk korang yang berjaya sekali lagi. Semoga terus sukses. Dan pada yang tak berjaya, berazam macam aku semester lepas, terbukti ke'effort'an aku ni. Sekurang-kurangnya I show my positive progress. Oke, till then. :)

MegatAzfar: Masih terkilan..sikit lagi! Huuuaaaaarrrrrrggggggghhhhh !

3 komen:

-FiNaZ- said...

megat....
congratz~ =)

Megat Azfar said...

Thanks pinaz. Tak hebat pun result. =')

Solihin Zubir said...

xpa2.. jdkan sbgai batu loncatan utk dpt anugerah dekan next sem.. heheh.. why not ye dop?

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar