Home » » Kau jadi Facebooker yang matang sikit boleh tak?

Kau jadi Facebooker yang matang sikit boleh tak?


Ambik. Tajuk nak marah sahaja. Dah la blog jarang update, lepas tu nak marah-marah. Menci menci ! Haha. Oke, hai, Assalamualaikum semua. Kali ini aku nak mengetengahkan ragam Facebooker which stand for Facebook's user. Aku agak terkejut juga perkembangan internet lebih lebih lagi dalam laman sosial. Pelbagai lapisan masyarakat baik muda, tua, kerja sebagai guru, pensyarah, dan juga menggunakan Facebook sebagai medium perniagaan.

Tapi, tak banyak yang menggunakan Facebook dengan cara yang betul dan tersendiri. Kekadang kita rasa apa yang kita buat betul tetapi dalam masa yang sama kita juga membuat suatu yang annoying-kan kawan kita yang turut berkongsi Wall dengan kita.

Bila kita tegur untuk ke arah kebaikan, tipikal pemikiran sempit akan bercakap, "Kau tegur macam kau ni perasan bagus sangat la pulak" Actually, bila kita menegur, bukan nak kata kita ni perasan bagus, semua kita buat betul, tapi kita fikir, kita bukan manusia yang sempurna untuk sentiasa betul dan bila ada orang tegur untuk suatu kebaikan, ucapkanlah terima kasih sebab dia masih prihatin pasal kita.

Amboi, mukaddimah pun dah panjang.. Oke, we proceed.

Facebooker yang tak reti nak letak gambar sendiri.
Sebelum itu, aku nak tanya, apa tujuan sebenar profile picture di'create oleh si Mark kalau bukan untuk diletakkan muka kita yang tak seberapa cun ni? So, aku tak faham la apesal majoriti tak letak muka diorang. Ada yang letak muka kartun lah, gambar tokoh la, kekadang gambar yang tak ada kaitan pun ada.
Bro, lu muka hensem boleh la tayang-tayang muka, gua ni muka bak kata bakal menantu cakap, muka pecah tabung masjid !
Ye, memang muka aku hensem. HAHA! Tak boleh bla puji diri sendiri. Takde lah, muka aku tak semegah mana pun. Ini bukan persoalan cantik atau tak cantik. Tujuan kita letak muka untuk memudahkan kawan lama yang kita loss contact senang mencari kita. Ingat senang ke nak ingat nama korang yang boleh tergeliat lidah tu? So, orang jarang nak ingat nama, tapi senang nak ingat muka. So, korang patut tahu profile picture itu sewajibnya letak muka korang yang innocent itu. Whoa !

Eh? Ala.. ustaz kita tak kasi la tayang muka kat Facebook sebab ustaz kata perempuan perasan cantik macam saya ni tak boleh letak muka kat Facebook.
Ini aku wallahualam. Tapikan, setahu aku muka bukanlah aurat. Jadi, kenapa diharamkan dari diperlihatkan? Ini mungkin kerana, wajah perempuan senang untuk menjadi bahan fitnah. Yes, fitnah! So, kalau rasa muka anda comel, cantik silalah ikut sunnah, memakai hijab yang menutup separuh muka tu untuk mengelakkan fitnah. Pastu upload kat Facebook. Ada berani? HEHE. Kalau tak pun, beserhana lah bila bergambar, tak payah nak camwhore lebih-lebih sangat.

Facebooker yang addict klik aplikasi Facebook yang sampah
Ini tak larat aku nak cakap. Golongan macam ni ada tak dikalangan kawan korang. Aku kekadang nak tegur, macam tak sedap hati pulak, nah.. aku tegur in general form. Sapa makan cili dia akan rasa cilinya. Eh? Entah ape-ape ntah. HAHA.

Korang golongan suka klik aplikasi merepek-repek aku dapat klasifikasikan golongan sekolah menengah yang belum cukup matang lagi dan sepatutnya mendaftar dalam Myspace sahaja. Cukup melampau la kau ni Megat! Ape? Haha. Salah ke? Sebenarnya aku tak larat la nak tengok korang duk klik aplikasi "Rahsia Tarikh Lahir Anda!", "Kawan anda dalam cerita Hantu Kak Limah", "Calendar Birthday" dan et cetera.

Totally shit la orang macam ni! Kalau benda tu antara dia, laptop dia dan juga kucing dia aku tak kisah, ni siap tag aku dan tag yang lain-lain, pastu notification naik mendadak bajet kau hot banyak peminat kasi komen tapi sebaliknya?.. ANNOYING tahu tak?

Korang tak rasa bersalah ke meng-annoying orang? Kalau boleh semua benda kau nak cuba dalam aplikasi Facebook tu. Aku rasa bagi orang terlampau addict dengan benda macam ni, buat lagi satu akaun facebook, jangan add friend sesiapa pun, dan kau main la sepuas hati! Serius aku marah. Korang marah?

Aku rasa cukup sahajalah dua ni yang patut ditekankan dahulu. Kalau tak bertambah ramai yang akan terasa dan bertambah ramai yang akan cakap aku ni perasan bagus dan matang dalam facebook. Ikutkan banyak lagi aku nak tekankan sebagai contoh, Facebooker yang tak reti nak letak nama sendiri, lepas tu setiap minit nak post status baru, main game kat Facebook lepastu mintak gift, status gaduh dengan pakwe/makwe dan banyak lagi lah! Yang paling penting semua tu sangat annoying.

So, dengan korang baca ni, jadilah Facebooker yang serba matang, oke?

MegatAzfar: "Kau kate orang, dahtu gambar kau letak muka baby apesal?".. Kalau tak letak muka baby, ramai yang nak add aku, kacak la katekan. ;D

8 komen:

wawa said...

HAHA.agree!!!!
annoying gler dok tag2 application bagai masuk notification.
aishh

Megat Azfar said...

HAHA! Ingat aku sorang je rasa annoying.

anyway, wah! stalk blog ni 24/7 ke? haha. tak buat pengumuman kat fb lagi pun

h0nG said...

megat ...tmbh lg bole ta? 
FACEBOOKER YG SUKE LIKE PAGE NGARUT2..LPS TU PKI TAJUK PAGE TU WAT KOMEN...
-bangge dpt komen tulisan kaler biru...

p/s: kalo bole pls pls pls tmbh...=D

Megat Azfar said...

@h0nG

haha. memang nak buat, tapi aku berleter panjang karang bosan pulak bace. aku pun naik nyampah dah orang like page merepek2. harap orang yang terasa tu buat ar tindakan sewajarnye. haha

Piah Becok said...

hahaha.. memang annoying pun. lagi-lagi yang duk hapdet status tah pape. bagi kucen makan pun nak kecoh kat dunia fb. nak makan apa pun sibuk royat kat orang. sampai hal peribadi pun tulis dalam wall fb. cet!

terbaru:
1. JANGAN KACAU LAH!!!! ngantok nih
2. day one : 10 things about you
3. MAK, KENAPA ORANG BANYAK BULU????
4. KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

Megat Azfar said...

@Piah Becok

Orang macam tu mesti takde akaun Twitter. nak buat camne, kita berkongsi wall dengan mereka. Nak hide post dia, serba salah pula. HAHA. ;D Thx for the comment.

darkbatman said...

hey bro, gile aku stuju en3 ko ne.. muka x ensem pastu amek muka org.. ak hangin klau org cmne..yg facebooker sampah 2 pun ak stuju.. tag lagi satu.. hah memang ak anti btol.. menyemakkan mate aku duk tengok notification..

Megat Azfar said...

@darkbatman

wargh! darkbatman komen blog ni. HAHA. excited kejap. lah. kita serupa lah. tapi setakat ni takde lagi kes amik muka orang. taula saya tak sekacak darkbatman. erk.. =="

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar