*Entri ini tidak diperlukan gambar*
Assalamualaikum. Apa khabar blogger? Err.. bukan semua blogger pun yang baca ni. Apa khabar reader? Hoyyeh ! Cool la weh, blog ni tak update pun ada jugak orang datang menjengah. Apa-apa pun, thanks lah. By the way, currently I had finished my 2nd semester in UiTM. Whoa ! Pejam celik dah nak masuk semester 3 bulan 5 ni. Pejam lagi pejam lagi, tengok-tengok dah habis Diploma. Bapak best !
Oke, melihat banyak kawan-kawan update blog masing-masing, tipulah kalau tak cemburu. Tapi, nak buat macam mana, semester ni komitmen lebih sikit dari semester lepas. Sangat sedih tau tak? Tak pernah result seteruk itu. Well, kali ni cuba nak buktikan, and we will see together lah bila result keluar nanti oke?
Now, I'm home. Dah lama berada di rantau orang, sangat tak kenal dengan kampung halaman. Makcik Limah belah kanan rumah tu pun dah dapat anak baru, dengar cerita dia dah menopause. Tak tau la jamu ape dia minum. Haha! Main petik je. Belah kanan pokok pisang, sejak bila berumah entah! Hihi
Sampai je rumah aku bagitahu kat Mak "Mak..inikah rumah kita?" aku bertanya dengan nada hairan
"Iya..kenapa?" Emak membalas. "Dimanakah kamar anakanda, sesungguhnya telah dilupakan dimana kamarku sebelum ini" aku bergurau. Lalu emak membalas, "Seingat mak, mak tak pernah letak nama kau Amir MaharajaLawak.." sigh ~ Oke. Itu hanya sketsa lakonan semata-mata. Tak paham? Tak tengok ML la tuu.. HAHAHA.
RUMUSAN SEMESTER 2.
Course untuk semester ni agak mencabar. Banyak course yang perlukan bacaan dan kiraan. Yelah, kau ambil Akaun, tak kira bukanlah budak akaun. Tapi, memang susah wa cakap sama lu! Sangat susah nak score, latihan toksah cerita lah. Kalau korang kenal aku si pemalas buat kerja sekolah time secondary school dulu, tapi tidak lagi kat universiti. Hah hah hah ! *gelakbesar.
Pastu, bila cakap persaingan, memang nak menangis bila agak ketinggalan. Mereka semua pandai-pandai belaka, terus terang aku cakap. Kalau dulu bila dapat 70 keatas kau dah boleh melompat sampai terhantuk kepala kat dinding, tapi tidak lagi di universiti. Kalau setakat dapat 70, kau boleh menangis sekarang. Sebab rata-rata antara mereka selalu score 80-100. Whoa! Hebat sungguh mereka ini kan? Dan last sem ada yang dapat 4flat! Batch kami 2 orang sahaja mampu dapat 4 dah salah satunya kelas kami AC A ! Whoa! Tepuk sikit. >.<"
See.. persaingan, kalau kau belajar business ada dimana-mana sahaja. Persaingan yang sihat mampu membaiki kualiti hidup kearah yang lebih maju lagi. Alhamdulillah dapat rakan perjuangan yang memberi persaingan sengit sebab aku sangat perlukan pesaing untuk mengukur keupayaan diri sebenarnya, dan begitu jugak korang.
Dah la kau, nak berfalsafah ingat ada orang nak baca ke? Anyways, thanks a lot my 2nd semester lectures. You guys really great ! Special gratitude for you and you guys really rock! Haha. Nice kan cakap macam tu kat lecturer. Tapi, kitorang semester ni banyak dapat lecturer muda. Yes, mereka belum berkahwin dan rata-rata mereka amat memahami perasaan student. Bapak best! Thanks sekali lagi. Nak bagi kredit ke? Oke,
En. Mohd. Najmie : Business's Lecturer
Hua! Kenapa highlight nama beliau? Sebab hari tu dia baca blog ni dan mengharapkan saya tulis pasal dia. To be honest, he is the one that we difficult to find this kind of lecturer. Sangat memahami student punya feeling. Eh? Yeke? Haha. Tak terlalu strict, always share opinion, interesting fact, sampaikan kekadang ternampak kat baju dia ada butang Facebook "share" ! Punyalah banyak benda dia share kat kitorang yang serba tak ambil peduli. Ingat lagi dia ada tanya, Kenapa statue kuda ada yang angkat kaki sebelah, ada angkat kaki dua belah?Haa.. pernah terfikir tak kenapa? Kitorang sekelas dah tahu. Kalau korang nak tahu search sendiri! Hak hak hak.
Anyways, thanks a lot En. Najmie for your precious knowledge that share with us! =')
Lecturer lain pun bagus juga, dan kitorang rasa sangat bersyukur dapat menimba ilmu dari mereka. They're really great!
Apa-apa pun, Semester 2 semestinya lebih baik dari semester 1. Ah! Taknak ingat boleh tak? Oke, itu saje. Tata.
MegatAzfar: Malas nak tulis sebenarnya. Sorry kalau entri tak sedap dibaca.
4 komen:
welcome back megat...
gud luck for ur result nnt ek.
ala..bgtau je la jwapan die.
Yea, welcome back to you too. Thanks for the wish.
err? jawapan. sebab kuda angkat kaki sebelah tu orang yang ditunggangkan tu cedera di medan perang
tapi yang dua-dua belah dia mati di medan perang. itu jelah jawapannya. =)
haiiiiiiiiii megatt..lame xjmpe.ko dah besa.:').saje singgah2.nice entry encikk..^^
aku dah besar? biar betik waaa ~
Post a Comment