Home » » Antara Foundation, Diploma, Pra-U dan IPTS

Antara Foundation, Diploma, Pra-U dan IPTS


Entah kenapa, aku terpanggil untuk buat entri ini. Yea, ada sikit rasa tanggungjawab untuk adik-adik yang sekarang ni tak mampu nak buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran kemana sesudah SPM. Apa-apa pun, just cool, ambil biskut Marie cicah dengan air sirap. Erk? Boleh masuk ke? haha. Oke,

Disini aku nak buat ciri-ciri yang korang perlu ada bila memilih antara sesebuah institusi untuk adik-adik pilih mana satu yang kena dengan anda. Walau apa-apa pun, antara banyak-banyak tawaran, anda perlu fikir, course mana anda lebih cenderung minat. Sebab, minat paling penting kerana, kalau anda tak minat dengan course tu, sampai ke alam pekerjaan anda tak minat juga. Tetapi, walaupun anda tak minat dengan course yang ditawarkan, minat itu kekadang boleh datang dengan sendiri dengan syarat anda berusaha untuk minat course itu.

Diploma
Since aku student Diploma, ini aku nak tekankan dahulu. Jika anda dapat tawaran Diploma dari IPTA lihat dahulu course itu tahap yang mana satu, professional atau pun tidak. Lihat pada ruang pekerjaan bila anda akan mengenggam sijil Diploma. Nasihat aku, kalau korang dapat tawaran yang "suam-suam kuku", aku syorkan anda masuklah IPTS dan mohon course yang lebih ke arah professional dan ruang pekerjaan yang terbuka luas.

Lagi satu, orang ambil Diploma, dia tak berapa tension nak lulus tapi agak tension untuk dapatkan pointer yang bagus. So, korang akan fikir sama ada hidup korang di Universiti untuk belajar sambil enjoy ke, atau enjoy sambil belajar. 


Pelajar Diploma kelebihannya ialah, anda akan belajar sesuatu program dari kosong sampailah ke tahap advance dan bila anda sambung pelajaran ke Degree, subprogram korang akan bertambah banyak, that means, kefahaman anda tentang course itu lebih padat dan mantap berbanding pelajar yang ambil Foundation. Walaupun kita diprovok yang kita ni akan lambat ke Degree, tapi percayalah, bila kita tamat Degree, kita mempunyai kelebihan 2 Sijil yang sah untuk memohon bekerja berbanding dengan pelajar dari Foundation mahupun Pra-U. 

Matrikulasi atau Foundation
Aku tak mempunyai maklumat yang banyak tentang Foundation. Apa yang aku tahu, course Foundation adalah untuk course yang kritikal seperti Medic, Pharmacy, Engineering, Law dan sebagainya. 
Foundation bukanlah tempat untuk orang pandai, tapi ianya adalah tempat untuk orang yang rajin mengejar ilmu.
Apa yang aku difahamkan oleh kawan-kawan yang ambil foundation, mereka tidak punya masa lebih untuk bersuka-ria banding dengan pelajar Diploma. Ini kerana, program mereka yang hanya 1tahun dan ada yang 2 tahun, mereka perlu belajar pelbagai benda untuk perkukuhkan basic sebelum belajar course kritikal seperti apa yang aku sebut tadi. So, korang sendiri fikir, jangan anggap anda dapat matrik atau foundation anda dah boleh mendabik dada mengatakan anda pandai, tetapi bila anda masuk je mana-mana, semua mula dari 0. Nasihat aku, jangan sambung pelajaran ke sini jika anda seorang yang MALAS!

So, jikalau korang bersedia dari segi mental dan fizikal, dan berazam untuk berusaha keras untuk foundation, silakan kerana memang tak dinafikan pelajar yang berjaya dalam foundation mempunyai kelebihan berbanding pelajar Diploma mahupun Pra-U dalam menyambungkan pelajaran dan mengikut Syafinaz, sijil Matrikulasi adalah sah untuk memohon pekerjaan mulai kemasukan 2011. Whoa! Nice lah!

Pra Universiti
Pra-U atau Form6 memang kekadang menjadi pilihan terakhir pelajar. Ini kerana rata-rata mereka tak berapa suka untuk memakai kembali uniform sekolah sama seperti pelajar lain. Tetapi, jika korang dah tak ada pilihan, Pra-U bukanlah pilihan terakhir malah ianya tempat terakhir untuk korang buktikan yang korang mampu berjaya setelah hampa dengan keputusan SPM lalu. Ini kerana, jika anda juga masih gagal untuk STPM, sukar untuk anda lanjutkan pelajaran ke Degree.

Kekadang ada yang memandang rendah cara pembelajaran Pra-U. Sini aku ingin tegaskan, Pra-U juga bukanlah tempat orang yang malas dalam belajar tapi tempat orang yang berkomitmen tinggi untuk menebus balik kegagalan dahulu. Kelebihan untuk Pra-U, apa yang diura-urakan, pelajar Pra-U yang berjaya lulus dengan cemerlang diberi keutamaan untuk pengambilan ke program Degree. So, jika korang rasa nak masuk Pra-U, anggaplah ini perjuangan penentu masa depan korang.

IPTS
Seperti yang aku cakapkan untuk Diploma, jika korang dapat IPTA tetapi course suam-suam kuku, lebih elok anda sambung pelajaran ke sini. Pernah dengar sajak The Road Not Taken by, Robert Frost dalam literature tak? Kekadang jalan tak banyak orang lalu tetapi jika korang dapat mengharungi rintangan anda tetap juga boleh berjaya. Walaupun belajar di IPTS memerlukan kos yang tinggi, tapi, berbanding korang ambil kos suam-suam kuku di IPTA tidak tentu juga korang akan berjaya.

Walaupun begitu, pandai-pandai lah korang pilih IPTS mana yang terbaik. Jangan pilih IPTS yang kekadang korang jarang dengar. MSU, LimKokWing, Taylor, SEGi, MMU, UTAR dan et cetera adalah universiti swasta yang patut dijadikan pilihan bagi korang kerana ianya adalah salah satu IPTS yang terbaik di Malaysia.

Justeru, tak teruk pun kalau korang memilih IPTS sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran kerana majikan tak pandang sangat korang belajar di universiti mana, yang penting pointer yang cemerlang dijadikan alat ukur utama bagi mereka

Apa yang penting, belajar dimana-mana sama sahaja, tetapi niat untuk berjaya, buat sehabis baik perlu ada. Kita jadi pelajar yang duduk diatas kerusi mendengar dan menerima ilmu hanyalah sementara. Bila korang masuk di alam pekerjaan pasti korang akan rindu untuk belajar. Harap nasihat aku ni cukup untuk dijadikan serba sedikit panduan. Kalau aku ada silap maklumat, maklum terus melalui komen dibawah.


MegatAzfar: Teringat Mdm. Farini, English's Teacher dia ada sebut, satu hari nanti korang akan pening dan tak tahu nak pilih nak masuk mana satu institusi dan aku dapat merasai perasaan itu dahulu. Apa-apa pun bergantung pada korang. ;D

16 komen:

-FiNaZ- said...

thanks 4 the credit.bkan kte ckap la,lecturer yg ckap pasal sijil.kte hanya menyampaikan maklumat je. =)
siyes,teringat kat tecer Farini. =D

Megat Azfar said...

@-FiNaZ-

Haha. Betul-betul! Sampai sekarang teringat kata Techer Farini. She the best!

iNtanhatePoyo said...

OKAY , sangat sangat berinfo , THANKS ^^

nurfazira said...

Perghhh. Abang megat. Thanks for the info. HAHAHA. ;p

Megat Azfar said...

@iNtanhatePoyo

thanks for reading ! ;)

Megat Azfar said...

@nurfazira

erk? thanks ADIK achik !! XD

iera said...

er... tmpng tnya, kalu diploma in science dpt krja apa eh?

Megat Azfar said...

Diploma in Science course dia macam general la adik, takpe. adik belajar je dulu, nanti adik sambung degree banyak course adik boleh pilih. sebab diploma adik tak specific sangat.

kerja apa itu sye tak pasti, tapi pastinya dibidang sains

apa-apa pun Diploma in Science is good actually. ;D

hans said...

diploma is better

Review Filem Kongsi

wAwA said...

saje nak menyemak kat blog ko jap.nice entry bro!:P

Megat Azfar said...

@wAwA

terima kasih kak. appreciate it. =)

Anonymous said...

ok ja DIS...tapi aku jeles budak2 yg amik DPIM (plantation mgt)..diaorg lbih advance.......nyesal x mohon prtanian utk dgree nih.....huhu...apa pon istikharah jaln trbaik nk pohon pd Tuhan..

Megat Azfar said...

@Anonymous
yup! itu yang sebaiknya. sesungguhnya Allah telah merancang apa yang terbaik untuk hambanya. :)

Anonymous said...

http://www.maps.google.com/ - [url=http://www.wikipedia.org/]wiki[/url]
mail

Nurul Snahira said...

Hi . Nak tanya if dip insurans tu okay ke? Sbb tak mohon course tu pun tapi dapat yang tu pula . Hmmm

Anonymous said...

Terima kasih. Sebenarnya info ini bukan saja untuk pelajar tetapi kepada mak2 yg tak berapa faham pasal topik2 cam ni.

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar