Home » » Aku benci hari tanpa beg plastik !

Aku benci hari tanpa beg plastik !


Seperti sedia maklum, hari tanpa beg plastik telah dikuat kuasakan awal tahun ni di setiap hari Sabtu. Apa yang boleh aku cakap, aku cukup tak suka program ni. Yea, mungkin korang boleh kata aku ni jenis anti-hijau kan? Hoi, maaf sikit. Aku hari-hari siram pokok bunga tahu. Anak dara sebelah rumah pun tak serajin aku. Haha. Melawak. Tapi, aku ada reason aku tersendiri, dan ini hanyalah pendapat aku sahaja.

Kenapa aku anti sangat hari tanpa plastik ni? First, ianya menyusahkan! Aku pun tak faham lah, apesal dia buat hari Sabtu, kenapa tak buat hari biasa? My mum, she is not full timer housewife. So, it is hard for she to buy groceries everyday. She will buy all the groceries in a bulk! Pada masa itu, banyak gila barang sampai tak muat bonet kereta. Itu semua stok untuk satu minggu.

Well, korang sendiri tahu kan, kalau tak ada plastik, camne kitorang nak bawak semua bahan mentah seperti ikan, ayam, sayur, bawang, halia, jintan manis, kulit kayu manis, erkk.. takkan semua benda aku nak sebut? Haha. So, bayangkan kalau benda tu nak diangkut semua pakai tangan? Tak ke menyusahkan?
Lek ah broo.. kau beli lah beg canvas tuh haa. Nak seribu daya, taknak seribu dalih bro
Oke, ada betul juga, tapi kan, as well as I said, my family beli barang dalam kuantiti untuk seminggu. How come kitorang nak bawak beg canvas tu at least 10 beg kitorang patut kena bawak. Kalau kita dari tempat parking kereta, orang tengok, tak ke nampak macam annoying?

Lagi satu, beg canvas tu sesuai ke nak bawak barang-barang hanyir seperti ikan, ayam semua tu? Dah la basah, busuk. Sangat tak praktikal. Kalau suruh bawak beg plastik dari rumah, kita semua tahu, beg plastik yang ada kat rumah rata-rata diperoleh time kita shopping. So, kalau kempen camni berjalan, camne kitorang nak bawak beg plastik? Kena beli la erk? Banyak lemak la company mall tu untung tak payah keluar belanja untuk beg plastik.
Bro, inilah caranya kita nak kurangkan penggunaan beg plastik. Kau sayang la sikit bumi kita ni. 
Korang selalu tengok drama orang putih tak? Apa yang aku nampak, bila si housewife ni balik dari shopping, dia tak bawak bungkusan plastik, tapi bawak bungkusan kertas yang berwarna coklat atau dinamakan "Brown Paper Bag". Ianya sudah pun diamalkan di negara-negara maju. Bagi aku kalau shopping complex provide this, aku pasti, ianya tak menyusahkan pengguna sangat dan yang paling penting ianya tetap bersifat 'hijau'. Tak begitu?


So, daripada berkempen hari tanpa beg plastik setiap hari Sabtu, lebih elok kalau tiada beg plastik langsung. Kita buat anjakan paradigma, ubah mekanism baru, gunakan beg kertas sebagai ganti beg plastik. Kita nak bawak pun takde sesukar mana dan beg kertas juga senang untuk dikitar semula, ye tak? Aku tak yakin kita boleh buat macam ini, biasalah kita kekadang takut dengan perubahan.

Sebagai konklusi, aku tak rasa, hari tanpa beg plastik ini suatu idea yang relevan. Ianya tetap menyusahkan konsumer. Apa-apa pun, sebarang pencanggahan pendapat, boleh kemukakan di ruangan komen dengan secara berhemah oke? ;D

24 komen:

Sayang Amirah said...

kalau mak saya.. dia hari sabtu letak barang2 atas troli :)

faten muhamad said...

bawak jelah beg roda sendiri. senang!

Megat Azfar said...

@Sayang Amirah
memang la oke lagi letak dalam troli. dah nak letak kat bonet kereta, terasa la azabnya. HAHA. angkut satu2

Megat Azfar said...

@faten muhamad
tapi boleh muat banyak mana je barang. plus, beg roda mahal. ambil beg bagasi la gamaknye. HAHA !

faten muhamad said...

@Megat Azfar
itu sangat terbaik. senang cerita buat jelah beg sendiri. bumi ini semakin haus dengan tangan pemusnah manusia~ aha

shandye. said...

klu tak suka sangat dengan hari tanpa plastik, pergi bukak kedai sendiri la... jual plastik semata-mata. hahaha....

ok-ok. kidding.

anyways... sebenarnya tak ada masalah kot tak gunakan plastik sekalipun. bawa saja dalam troli. lepas tu punggah la satu-satu ke dalam but kereta. dapat jugak work out secara tak langsung, tak gitu? lgpun memang la rasa renyah pakai beg kanvas yg boleh diulang-pakai tu. tapi beg itu boleh dibasuh dan guna berulang kali, kan?

me n my mom suka hari tanpa plastik dan dalam kereta memang dan sedia bawa beg kanvas, ready for our shopping trip. dalam my backpack pun ada dua. just in case kalau-kalau tiba-tiba nak beli something.

try to look at the whole hari tanpa plastik in a greener and positive way. tak salah kalau ikut, kan?

Megat Azfar said...

@shandye.
Thanks bro atas komen yang panjang lebar ni. Yes, saya mengaku, tak salah kita ikut this way. tapi bagi aku ianya agak menyusahkan bab nak mengangkut barang.

bagi aku, beg kertas itu paling efisyen sekali.

cakap pasal punggah barang guna troli, terasa nak curi troli supermarket, letak kat rumah. senang sikit nak angkut dari kereta ke dalam rumah. tak perlu angkut satu2. HAHA. kidding. ;D

anyhow, thanks for the comment. appreciate it!

Afifah Fuad said...

ini budak ngade2 haha

Megat Azfar said...

@Afifah Fuad
hok alloh..ngade-ngade sikit je. HAHA

encHIx laNDax said...

benci!memang benci dengan hari sabtu(takde plastik)kalau dia bg paper bag,kan tetap hijau?sengal betul..nak saving cakap la~kan?

Megat Azfar said...

@encHIx laNDax

Yea! Kita sependapat. akhirnya.. paper bag pun green juga. senang dikompos dan dikitar semula.

faiz said...

tula...inisiatif ni setakat hari sabtu je buat ape kan...tapi kat tempat aku benda ni dia tak buat pon..

Solihin Zubir said...

haha.. aku setuju..
drp buat hari sabtu je tnpa beg plastik, baik buat hari2 pkai beg kertas kan..
xpun bagi bakul free sorg 1.. haha..

nabil said...

alaa...relax la. memang la menyusahkan. tpi benda nie masih baru. masyarakat belum dapat adapt lagi. nnti bila dah lama sikit, jadi kebiasaan la tu. saya yakin benda nie baik untuk masyarakat sejagat terutama di malaysia nie.

sarah said...

my dear friend, aku ada cadangan pasal masalah kau nak isi barang2 basah tu, actually, ada beg yg special untuk isi barang2 hanyir mcm tu dijual, harga dia tak silap aku tak smpi RM 10. aku pun tak pasti, sbb tak perasan pulak hrtu .tp best nye beg niy, dia mmg tak meleleh la air2 ikan ayam segala tu. cuba cari dekat bahagian makanan basah. insyaAllah ada.

p/s: hrtu aku jumpa dkt carrefour, kalau tmpt ko aku tak pasti la. insyaAllah, kalau kita syg alam kita, Allah sayang kita lebih . peace. =D

sarah said...

@sarah
owh ya, lupa nak cakap, dalam beg tu dia clour silver, luar kaler lain. kaler silver tu mcm waterproof la lbh krg.

Megat Azfar said...

@faiz

Warhh..duduk mane tu? nak pindah sana lah. haha

Megat Azfar said...

@Solihin Zubir
agree! sabtu je pun takda plastik, hari2 lain still pakai plastik

pakai beg kertas adalah cara yang terbaik bagi aku.

Megat Azfar said...

@nabil
yes, agree too. tapi, ianya juga makan masa juga kan. btw, to me, dari beg plastik ke beg kertas, itu lebih hijau dan senang.

Megat Azfar said...

@sarah

tulah, di kawasan perumahan saya takda carrefour. by the way, kalau pakai beg kertas sekali pun, bukannya dia tak bagi plastik. plus, beg kertas juga agak kalis air, no problem bout that

RM10? bapak mahal. anyway, thanks for the comment. :)

miss kinah said...

nice entry..bnci gak hari tak pakai plastik nih...siyes lgsung ta berkira dua posen untk plastik tu..huuh...hahaha

budak seri iskandar jugek dtg melawat n follow sini .keep it UP!

zida said...

HAHAH tapi jual jugak dengan harga 20sen. macam tah pape. tapi aku sokong je, kalau tu yang terbaik buat bumi. kahkah =P

Megat Azfar said...

@miss kinah
eh? budak seri iskandar juga? duk mana. hahaa. sempat lagi

Megat Azfar said...

@zida
Itulah pasal. 20sen kot. Aku pergi satu shopping complex, tau kitorang takda beg plastik, dia provide beg kertas buatan sendiri.

itu lagi bagus dari mintak 20sen. erghh!

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar