Nah! Ambik. Tajuk nak panjang aje. Haha. Wah! Sudah lama tak update blog. Hehe. Biasalah, busy dengan study kan? Oke, seperti dijanjikan di Facebook, aku rasa nak buat satu entri untuk adik-adik lepasan SPM ni. Kesian kekadang tengok orang terkontang-kanting tak tahu hala tuju bila dah dapat keputusan SPM. Disamping itu, aku nak ucapkan congratulations for those yang dapat very good result, dan yang tak seberapa good tu, tidak bermakna korang sudah boleh panjat bangunan lalu bunuh diri ye? Haha! Banyak lagi ikhtiar lain kita boleh buat. Eh? Intro saje dah panjang. Oke, kita proceed ye?
Yeay! Saya dapat 10A, 9A, 8A, 7A !
Amboi, suka ya korang? Tahniah pada golongan yang dapat result macam ni. Apa-apa pun, for sure korang goyang bulu jari kaki tanpa risau dapat ke tak masuk Universiti. Tapi, kalau orang cerdik dia tidak akan fikir nak masuk Universiti biasa-biasa. Oke. Bagi golongan ini, aku syorkan pada korang apply JPA scholarship untuk further to A-Level or Foundation program! Itu yang paling penting sekali. Toksah nak fikir nak apply matrik ke dulu, Maktab Perguruan ke dulu, yang penting korang dah cukup syarat untuk dapatkan JPA scholarship. Jangan lepaskan peluang ini! Bila dah apply, tidak bermakna anda perlu yakin 100% anda akan dapat tawaran biasiswa JPA.Diwaktu yang sama, anda bolehlah mengisi borang untuk program Asasi di sesebuah Universiti seperti UM, UiTM dan sebagainya. Selalunya golongan seperti anda akan memilih program Asasi dari Program Diploma mahupun Matrikulasi.
Oh! Sikit lagi je lagi, saya dapat 6A, 5A, 4A !
Saya juga berada dalam golongan ini, yang tak seberapa cerdik otaknya. Haha! Walau apa-apa pun, jangan patah semangat. Jika anda dapat result seperti ini, anda tak perlu risau sangat sama ada anda dapat Universiti tempatan ataupun tidak. Atas pengalaman kawan-kawan aku, ramai yang berjaya masuk ke IPTA. Justeru, korang tak perlu terlalu risau. Impian anda nak mendapat scholarship JPA sememangnya musnah kerana tidak melepasi syarat-syarat minima yang diperlukan iaitu sekurang-kurangnya mendapat 7A- (betulkan saya kalau ada yang silap) Golongan ini boleh membuat pilihan sama ada ingin mengikuti Program Asasi, Diploma, mahupun Matrikulasi. Aloohh.. Sikit je ni, 3A, 2A, 1A
Pada korang yang dapat result sebegini, janganlah berdukacita malah tingkatkan usaha lagi dan buktikan kemampuan bila sambung pelajaran nanti. Bagi golongan ini, memang agak payah nak dapatkan IPTA kerana competition pelajar semakin banyak berebut-rebut nak dapatkan tempat di IPTA. Oleh sebab itu, bagi keluarga yang mampu, pilihlah private University, IPTS sebagai pilihan utama. Bukan apa, walaupun anda dapat IPTA, kebanyakkan adalah jurusan yang separa professional yang tidak menyokong dan menjamin peluang pekerjaan suatu hari nanti. Lebih baik jika anda pilih IPTS iaitu dengan memilih jurusan yang lebih professional lagi.Bagi keluarga yang tidak mampu untuk menghantar ke Private Universiti, pilihan terakhir iaitu Pra-Universiti, STPM juga disyorkan. Sesetengah lepasan SPM kekadang tidak mahu untuk memakai uniform sekolah lagi, bangun awal pagi, dah bersekolah seperti pelajar sekolah lain, tapi mereka juga perlu fikir, STPM adalah diutamakan dalam pengambilan untuk Degree level di IPTA. Justeru itu, beruntunglah bagi sesiapa yang melanjutkan pelajaran di peringkat STPM. Tetapi yang paling penting, niat anda hendak belajar perlu ada. Kalau setakat dipaksa ibu bapa untuk belajar, tetapi hati dah tak berminat lagi, lebih baik anda cari kerja, sara diri, ada duit lebih masuk minang. >.<"
Bagi yang lain-lain, walaupun tidak dapat A dalam keputusan SPM, tidak bermakna anda gagal. Banyak IPTS yang termasyur seperti MSU, LimKokWing, Taylor University sedia untuk mengambil anda sebagai pelajar yang ingin bangun semula selepas jatuh.
Kalau ada sambutan, aku akan buat sambungan. Maaflah. Aku bukan pakar, tapi aku dengar, lihat, daripada pengalaman. Experience is priceless right?. ;D
p/s: Serius entri. Bila aku serius, aku serius. HAHA

6 komen:
wah bagusnya. hahah terima kasih abang <-- ayat budak lepas SPM.
ahhaha aku pun baru nak post entri macam ni, nampaknya ko lagi laju. haaa boleh la aku copy. tak publish lagi. lalala~
haha. tapi tak ping kat GB lagi! Time ni dah pukul 2 lebih. malas nak ping, nanti tak dapat popular post. yelah. zida punya post sume dah jadi popular sekarang ni. huhu
LOL mana ada jadi popular. cis cis. hahah brother are-pa lagi femes. lalaala~
alah..merendah diri. tau la blog die selalu jadi popular. haha.
wehh nape x promot ITP...ITP pun bleh gak wat program diploma UiTM and UTM...ko nie...
ko ingat senang2 nak masuk MSU...sekarang MSU sudah malah dowh...zaman along belajar jerk murahhh sikettt jerk...
Atau pun masuk politeknik, yuran murah. Keje pun mudah dapat. Nanti lepas keje bayar balik loan pun tak banyak sangat, dalam 5-6 ribu je (x termasuk bunga)..
Post a Comment