Home » , , » Antara Itu dan Ini.

Antara Itu dan Ini.

Perh. Tajuk entri tak nak kalah dengan novel kau tahu. Haha! Oke. Entah kenapa tetiba rajin nak update. Yelah. Tak update orang bising. Bila dah update "krik..krik..krik" Sabar jelah. Antara itu dan ini, bukanlah menceritakan seorang lelaki yang tidak tahu untuk memilih antara dua orang kekasihnya. Tidak sama sekali! Saya bukan hot stuff untuk berbuat demikian. Miahaha!

Kau nak cerita apa sebenarnya? Haha. Mari aku goreng pengenalan entri. Sejak kebelakangan ni, nafsu membeli-belah aku makin menguasai diri. Minggu minggu lepas aku ada grab Nike Air Shoes, dan Levi's Tee. Haha. Barang nak berjenama je kau! Tapi sekarang aku more to gadget yang berteknologi nano tekini.

Smartphone/Android Phone
Keinginan : 50% 


Kalau korang tahu, sekarang aku ada 2 handphone dan dua-dua jenama SE. Entah lah wei, ada orang curse aku lah nak pakai other brand especially Nokia. Haha. Aku ada SE R300 dan SE Yari. SE Yari bukanlah sejenis smart phone tapi ianya sejenis handphone yang berspekfikasi sederhana tinggi seperti navigasi GPS, kamera beresolusi 5.0MP, tetapi malangnya masih menggunakan platform Java dalam aplikasi. SE tak ada lagi store Aplikasi seperti terdapat di Nokia iaitu Ovi menyukarkan aku untuk mencari aplikasi dan rata-rata dapat pun independent punya. Haha. Aku cakap ni korang paham ke?

Oke, dengan adanya smartphone ataupun Android mungkin aku boleh download aplikasi yang terbaik dan yang paling penting memudahkan urusan harian. Nafsu aku untuk tunaikan permintaan ni takde la tinggi mana sebab yang selepas ni ada yang paling aku nak sangat.

Guitar
Keinginan : 93.7%

To be honest, aku rasa sangat cool orang yang main gitar. Walaupun he/she not good look, tapi bila dia pandai main gitar terasa kehotstuffan dia lagi tinggi. Haha! Maaf kerana saya rosakkan bahasa. kui kui. Aku spesis yang kuat berangan. Kalau korang tengok aku termenung sakan maknanya, tengah berangan lah tu. Aku selalu bila tengok tingkap hostel aku ada pokok besar, pastu lapang jugak lah. Terasa la petang-petang tu nak pluck gitar pastu sandar kat pokok pastu nyanyi lagi Saat kau tinggalkan diriku-Dadali. Haha! Tapi tulah, aku tak pandai sangat main gitar. Eh? Bukan "sangat" memang tak pandai pun. Hari tu ada belajar sikit-sikit dengan abang Ipar pastu dah malas dah. Haha! Susah weh! Sakit tangan je main.

Aku jenis yang suka nyanyi. Bukan nyanyi untuk orang tapi untuk diri sendiri dan kekadang secara tak sengaja nyanyi untuk orang. Haha. Tapi bila nyanyi tanpa musik macam kau minum kopi tanpa gula. Tak sedap. Bila ada muzik barulah feel lagu tu kan. Yang menjadi masalahnya, aku tak tahu pape pasal jenis-jenis gitar dan range harganya. Ramai yang cakap for starting beli je gitar kapuk. Haha! Since aku Accounting student, kapuk tu bunyi macam "hutang lapuk". So, tak sedap didengar.

For those yang tahu, gitar mana yang lagi sedap? Akustik atau Kapuk? Asal ramai suruh beginner pakai gitar kapuk dulu baru akustik? Sebab aku rasa semua gitar sama je. Since abang ipar aku tau pasal gitar, dan roomate aku pun pandai bab-bab gitar, insyaAllah lah, probably ada la kot gitar. Haha. Nanti dah beli, haram nak main. keh keh keh..

DSLR Camera
Keinginan : 93.74%

Aku sangat dengki dan dengki sangat-sangat orang yang duk tayang DSLR tambah lagi budak Fotografi. Nggh! Sampai rasa nak curi je dari diorang punya nak sangat DSLR. kui kui.. Tulah kan, aku memang suka tangkap gambar dan sangat pentingkan kualiti gambar. Kalau boleh taknak ada satu titik noise pun dari picture tuh. Sekarang ni tangkap gambar pakai Yari tulah. Memang tak best cakap kau.

So, pada korang yang arif bab DSLR ni boleh suggest DSLR apa yang terbaik yang korang rasa. Range value dia antara RM1500-RM2000. Yes! Aku student lagi lah. Tak ada duit ribu-riban nak beli mahal-mahal. Totally lah kan semuanya duit PT. Aku cukup saving lah. Tak pakai banyak mana pun.

Tapi tulah, since harga dia mahal sangat aku tak anggap benda ni akan dapat dalam masa terdekat. Cuma kalau boleh nak DSLR ni. Tengok lah nanti macam mana. Cadang nak kerja time cuti sem, tapi cuti sem kali ni singkat pula. =T

So, cukup jelah 3 yang aku highlight kan. Kalau ikutkan aku, aku nak Ipod, Ipad, MacBook Pro. Haha! Yes! Itu sangat mustahil oke.

Kalau boleh nak feedback dari korang. Benda mana yang patut aku beli dulu?

MegatAzfar: Nanti dah pandai main gitar aku nak upload kat Youtube dan jadi freelancer singer. Nak beat Cikgu Shida!

0 komen:

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar