Home » , » New Year, New Semester, New Hope.

New Year, New Semester, New Hope.


Howdy everyone! Terasa sombong pula tak ucap tahun baru kat korang. Oke. Aku ucap sekarang. Yela! Aku nak ucap la, sabar sikit boleh tak. Tengok tu, tak nyempat-nyempat, nak cakap la ni. asal aku excited tahap kena penyepak ni? Oke! Selamat Tahun Baru 2011 aku ucapkan pembaca setia blog picisan cebisan kubisan Trendy and Style ini. Hoho! Pejam celik, pejam celik, makan berak, makan berak dah masuk tahun baru. Memang terasa masa semakin pantas. Langsung tak tunggu kita. Tak berhati perut betul kan? Haha.

Okelah, sebenarnya takde benda nak cakap sebenarnya. Saje je lah terngimbau saat masa muda-muda dulu. Masa tak ada janggut lagi. Sekarang pun takda janggut pun lagi sebenarnya. Haha! Poyo la kau Megat.. Teringat masa first-first aku blogging. Aku start blogging semata-mata nak cerita kat satu dunia konon-kononnya aku dapat pergi Sepang tengok F1 ditaja sepenuhnya berapa hari tak ingat. haha. 4 hari kot. Yelah kan. Megat berasal dari kampung. Nak sampai KL bukan tak mampu, tapi tak ada masa. 

Yes, dah 3 tahun blogging. Masa dulu-dulu hanya berapa kerat je tahu blogging. Tapi sekarng hari makin hari, semakin ramai orang buat blog dengan bertujuan yang pelbagai. Ada yang cari fully income, ada yang sekadar suka-suka. Sampaikan mak aku pun nak buat blog, katenya. Haha.

Oke, lupakan pasal sejarah aku blogging. Bukan korang suka dengar pun, ye tak? Baca buku Sejarah form 5 pun nasib tak tercirit kann?

Anyway, sebenarnya tak ada yang interesting yang aku boleh ingat dengan tahun 2010. Tapi yang aku tahu, tahun 2010 mencatat pertama kali aku berkerja. Ye cu. dulu atuk kau ni kecik-kecik dah pandai mintak duit kat majikan. kau hado? Dok mintak duwet kat bapok dio ado. Haha. Lagi satu, sejarah keluarga dapat menantu pertama. Yeah! Lepas ni aku pulak. Tak kira! >.<" Pastu aku pulak dah masuk Uni. Itulah peristiwa besar yang mampu ingat.

Bila difikir kebelakang, kekadang aku dapat rasakan terlalu cepat aku membesar. Dari dulu sekolah rendah, Ayah lambat datang ambik, menangis balik rumah jalan kaki. Pastu merajuk, hempas pintu. Biasalah! Budak-budak. Yalah! Korang anak yang baik, aku tak. asal aku emo tahap kena penendang ni? Pastu naik sekolah menengah pandai pulak kau nak main-main cinta ngan anak orang? Haha!

Bila dah kat Uni ni, terasa diri ni dah besar even takda janggut. Oke! Jangan kutuk boleh tak? Mandrem kang baru kau tau. Haha

To be honest, sem lepas sangat tak bagus. Sangat-sangat tak bagus! Terasa taknak makan tanda mogok terhadap diri sendiri. Biar kurus bertambah kurus. haha. Tapi, aku cuba untuk bangun sem ni. Yalah, dah la dapat kolej baru, roomate baru. roomate pun banyak ambik akaun jugak. Hopefully diorang leh bantu aku.

Okelah! Ucapan taknak kalah PM kau! Adios.

MegatAzfar: Macam tergantung kan entri ni? hehe.  

2 komen:

fatenmuhamad said...

mak nak buat blog?
nak follow ah! haha.
gud luck dis sem~

are-pa said...

gahaha! mak mintak ajar, tapi tanak tunjukkan.. wa3..
mak main-main je kot.

oke, thanks loo.. ;D

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar