Home » , » Paronia masyarakat Islam yang patut korang sedar

Paronia masyarakat Islam yang patut korang sedar

Sebelum tu nak kasi tau, paronia tu adik beradik belah mak tiri perkataan paranoid. Pergi cari dalam kamus kalau taktau maksudnya itu apa. Ok, tak cakap banyak, kita teruskan sahaja perbincangan tentang paranoidnya umat Islam khasnya di Malaysia. Aku agak, dah ramai kot dah tengok dokumentari pendedahan konspirasi Freemason, The Arrivals kan? To be honest, aku tak letakkan 100% kepercayaan terhadap apa yang diorang sampaikan. As diorang cakap, kita sekarang dalam dunia yang penuh dengan fitnah. So, pandangan aku, kumpulan yang mendedahkan, menyampaikan konspirasi tu pada kita, betul-betul orang islam ke? Kita sendiri pun tak siasat siapa diorang yang sebenarnya. So, bila aku tengok, aku sekadar hanya ambil tahu. Wallahualam.

Isu Upin Ipin agenda konspirasi USA dan Israel

Petang tadi aku ada tengok ada orang share tentang benda ni. Korang gi tengok sat kat sini . Sebenarnya aku dah tau benda ni sejak sebulan lagi kot bila aku blogwalking terjumpa satu entri yang cerita benda ni. tapi masa tu, aku tak baca la artikel agenda konspirasi yang konon-konon ni. Selepas je aku baca, serius nak tergelak dan terkesian pada siapa yang "oh! yeke..thanks, nak share ye?" Dude, orang yang pecaya bulat-bulat ni aku taktau nak cakap ape la. Serius nak cakap, ape pandangan korang selepas korang baca? Bagi aku, tak masuk akal langsung.

Aku rasa, penangan The Arrivals yang sangat kuat la kot bagi siapa yang buat konspirasi bodoh ni dan kemungkinan kecetekan pendidikan agama.

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku suka Israel .”Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.“U” bermaksud “ USA ”“I” bermaksud “ Israel ”Terbuktilah bahawa Upin dan Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudidalam melemahkan akidah umat Islam.
Diorang saje je nak guna bahasa sememangnya kita pun tak boleh nak buktikan atas kecetekkan ilmu bahasa. Tapi, bila aku Google, bahasa Aramaic itu adalah bahasa kuno. How, orang melayu ni boleh mentafsirkan bahasa tu? Serius aku nak jumpa. Even though, mungkin betul tafsiran mereka, apakah kita bila menyebut Upin Ipin tu di pangkal neuron kita menafsir sedemikian rupa? By then, aku pakai pulak google translate for suka-suka.

So, apa pulak pendapat korang yang percaya bahawa konspirasi tu betul? Dah sah-sah Google "kate" yang Upin Ipin originally come from Malay words. Paling tak boleh bla, suka-suka je orang tu cakap U untuk USA, I untuk Israel. Haha, how about, U untuk United Arab Emirates? dan I untuk, Indonesia?
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ’.
Ohmai! FYI, 4G bermaksud fourth Generation. mungkin one day akan ada 5G, 6G? Serius nak gelak benda ni. Entah la wei, so my conclusion, apa pandangan korang pasal isu ini? adakah korang setuju atau tidak? Apa-apa pun ni hanya pandangan peribadi.

Join group yang suruh Facebook delete page yang menghina Islam

Benda ni jugak dah lama aku perhatikan bila ada je kawan yang join page yang suruh Facebook delete page yang menghina Islam. Sebenarnya, aku tau, korang semua begitu concern dan sayang terhadap Islam. Tak ingin nama Islam ditindas, dihina oleh agam-agama lain sewenang-wenangnya. Tapi, disebaliknya kita tak nampak. Soalan pertama aku nak tanya kat korang yang suka buat benda ni, lepas korang join, page yang hina tentang Islam tu dah delete ke belum? Cuba check balik. Aku tak pernah pun nak join page camni. tapi cuba korang tengok, page yang korang suruh banned tu dah banned ke belum?

Persoalan aku yang kedua, siapa yang create page suruh Facebook delete page yang hina Islam tu? Kita sendiri pun tak tau. Entah-entah orang kapir yang create, then korang join sampai tak tekira ramainya. Haha. So, pandai-pandai la korang. Masing-masing ada akal yang sangat bijak. Fikir sendiri lah ye?

Lagi satu, yang bab-bab agama lain menghina Islam, tak payah la nak sebarkan gempak-gempak. You know what, diorang serius tak payah nak suruh kawan-kawan seagamanya sebarkan medium tersebut sebab diorang tau orang Islam sendiri "teruja" untuk kongsi. Pastu korang flame tak tentu pasal kat diorang, tapi ade diorang kisah? Atas perbuatan tersebut, korang sendiri yang menggalakkan diorang buat lagi bahan hinaan.

Kita concern benda ni, tapi biarlah bila kita terjumpa, kita hanya mohon dan berdoa pada Allah supaya Islam akan diangkat dan dihormati suatu hari nanti dan orang yang menghina tu akan terima hidayah dari Allah SWT.

Sebagai penutup, ini hanyalah pendapat peribadi aku. So, kalau korang ada hujahan yang bernas, sila tinggalkan komen dibawah ini, supaya aku dapat perbetulkan pendapat yang mungkin terpesong. Wallahualam.

MegatAzfar: Bila la nak ambik lesen ni. T____T"

2 komen:

darkbatman said...

bahaya gak klau ape yg dia wt ne org percya.. nasib ak bace en3 ko..
klau x mau bulat2 ak percya.

misz nana said...

diorang percaya tanpa selidik betul2 dulu..

nak2 bab yang join delete page yang hina islam.. bukan tak nak sokong.. tapi lau setakat klik like, join tanpa perbuatan tak jadi pa juga..

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar