Aha! Hot topic untuk diperbincangkan. Anyway, apa khabar semua orang? Ini boleh dikatakan short entri la, bukan apa, taknak blog ni bertambah usang. Ok, kalau dulu P1Wimax pernah kontroversi dengan TM, dalam term "potong".
Sekarang ni, aku terasa lain macam tengok iklan yang terbaru ni. P1 Stronger ads ini lebih kepada broadband. Kalau kita tengok video ni,
Adakah korang tengok video ni biasa-biasa sahaja atau, ada yang pelik disini. Oh! Tak ada kaitan freemason kat sini. Jangan plak korang teliti sampai, "Wah! Gambar salib! Gambar mata satu, Dajjal doo" =..="
Serius, aku dah bergelumang dengan Celcom hampir 3 bulan dah cukup tau dah trademark celcom ni apa. Yea! BlueBEAR! Aku pon sebenarnya tak faham motif iklan ni sebenarnya. Korang faham? Persoalan sekarang, kenapa perlu bear? Kenapa tak baling cawan ke, pampers ke, dan kenapa perlu bear?
Derr.. kalau lu boleh pikir, Maxis ada, Digi ada, nape derang tak hina telco ni der?Ok, ada betulnya jugak. Tapikan, setau aku, kalau bab broadband ni, aku rasa ramai lagi orang pilih Celcom Broadband sebab package dia kira bagus dari Maxis dan Digi. Secara tidak langsung lagi banyak pengguna celcom broadband dari telco yang lain. Macam blogger ini pun letakkan Celcom broadband ranking pertama
Entah la, mungkin jela perspektif aku sahaja, dah tak anggap perkara ini terlalu serius. Cuma, kalau betul niat mereka mempersenda persaing, to be honest, tak professional langsung la. Tau la, P1 sekarang boleh dikatakan terbaik la jugak. Tapi bukan semua tempat terbaik. Masing-masing ada pro and cont.
Jangan serius sangat doh. Kang tak memasal peminat P1Wimax ni dok hentam blog ni. Yela, kebanyak blogger-blogger famous pakai servis mereka. Anggap la benda ni biasa-biasa je, saje wat gempak ;D dan tak perlu la banned iklan ni, mungkin itu strategi pemasaran kot. Ok, till then!
OffTopic: Serius, suara budak dua orang tu sangat kiut.
MegatAzfar: Kan aku dah cakap, ni entri pendek? Hehe ;D
2 komen:
isk,seriyes...baru la perasan pasal nih...persaingan yg xbraper nak sihat...
Haha, serious comel dua budak ni.. yang pegi mexico tu best gak.. biasalah tu.. daripada duk guna telco c. telco d, telco m... baik guna bear je.. hehe
tak delah, tengok apple selamba dek je buat iklan i'm apple and i'm pc, persaingan camni kita nak.. telekom pun ada kena kat p1 dulu.. papehal p1 tetap best..haha
Post a Comment