Home » , , , » Top 10 Pelawak Lelaki Malaysia

Top 10 Pelawak Lelaki Malaysia

Selepas aku post entri Cikgu Shida 1 Kenapa dia jadi camtu? rasanya hampir terkoyak page ni sebab tak pernah-pernah blog ni mencapai 1500 unique visitor. Kepada yang copy paste pastu letakkan link blog ni, tahniah kepada korang sebab dah tau etika berblogging secara tidak langsung. Tak sangka la pulak, aku post entri Cikgu Shida, ramai sangat orang concern pasal dia. Cemburu owh!

Ok, kali ni taknak cakap pasal dia lagi. Aku rasa mau dia sepai aku duduk mana. Kut naik motor la dia serang rumah aku. Adeeh. Hari ni nak cakap pasal pelawak kat Malaysia. Aku sesaja Googling pasal pelawak di Malaysia, malangnya, takda sape lagi nak buat ranking pelawak ni. Oh ya, ranking ni sesiapa pun boleh letak, cuma ini pandangan peribadi jela. Puas hati atau tak, sila komen. Kita mulakan pelawak ini,

Via Facebook dia.

10 l along cham
Ok, ni bagi aku adalah pelawak suam-suam susu. Haha. Elemen lawak dia yang terkenal adalah loghat kedah yang sentiasa mencuit hati. Cuma, keistimewaan pelawak ini adalah berupaya untuk mengubah suara dia menjadi seperti pelawak veteran Datuk Jamali Shadat. Aku kenal dia bukan dari Raja Lawak sebab masa tu takda 'kuali' lagi, tapi bila tengok Adnan Sempit, baru la tau, yang dia ni pelakon lawak. Haha. Apa-apa pun, tahniah! Ada ranking juga tu. ;D




9 l angah raja lawak
Ok, pada mulanya aku nak letak angah ni dalam top 5-6 camtu, tapi, selepas berbincang dengan panel juri (jin dan syaitan yang menghasut) terpaksalah letak dia tangga ke sembilan. Pada pandangan peribadi, apa yang orang suka lawak dia adalah kepetahan dia lawak dari segi ayat dan body language. Paling aku suka kalau dia berlakon watak orang tua. Memang menjadi sangat. Sebagai contoh dalam LawaKing dia ada berlakon jadi orang tua. Aku suka perkataan selamba dia yang menjadikan benda tu lawak. Haha



8 l saiful apek
Siapa sangka, pelawak ini yang dahulunya dikenali pelawak no.1 negara kini menjadi no.8 negara. kui3. Ok, secara peribadi, pelawak ini sangat dikenali kerana lawaknya hanya nampak di filem-filem mahupun di sitcom. Bagi aku, saiful apek bila buat lawak secara spontan, rasanya macam jadi tak jadi je. Sebab tu aku rasa beliau hanya boleh melawak di dalam pentas lakonan dan tidak secara live. Ok, itu pendapat peribadi.




7 l bob kuman
Aku tertanya la, apesal panggil dia Bob Kuman? Apesal tak Bob Bakteria ke, Bob Yakult ke. >.<" Haha. Bukan itu yang nak disampaikan. Amacam? Setuju tak dia duduk ranking ni? Oke la tu, since dia jarang masuk tv. Mungkin jugaklah dia ni tak larat atau sakit. Haha. Lawak dia lebih kurang macam lawak Angah, badan pun lebih kurang. Haha. Tak tau la, tapi sejak dulu lagi orang ternanti-nanti dia muncul di sitcom. Popular dengan lawak muka bengis tapi perangai macam budak kecik. Lawak masa JPBC ni pun sangat lawak. >.<"



6 l shaheizy sam
payah benor nak eja nama dia ni. Apa-apa pun, aku tak boleh nak letak top5 sebabnya aku rasa dia bukan betul-betul pelawak. Korang ingat tak dia ni dulu-dulu seorang pelakon yang serius? Aku perasan dia ni boleh jadi pelawak since dia berlakon dalam JPBC bila dia jadi hantu raya. Pastu nama dia melonjak naik since dia berlakon dalam Adnan Sempit. Tidak dinafikan, beliau adalah pelawak yang berjaya mencuit hati dengan lawak muka selamba dan perwatakkan yang pelik. Serius, susah nak describe jenis lawak dia macam mana. Apa-apa pun, lakonan dia lebih berjaya dengan menjadi pelakon komedi.


5 l afdlin shauki
Mengikut ranking Reader Digest, Afdlin Shauki adalah pelawak lelaki no.1 di Malaysia dan perempuan pula adalah Adibah Noor. Tapi, itu reader digest, ini aku punye ranking suke hati la. Haha. By the way, bagi aku elemen lawak dia adalah bercakap perlahan dan selamba dan mimik muka yang innocent yang menyebabkan lawak dia menjadi. Aku pun habis pikir la, asal orang badan besar selalunya pelawak? ;D




4 l johan raja lawak
Bagi aku, apa yang menyebabkan orang ketawa kerana dia kebanyakan adalah lawak dia menjadi lembut. Bagi aku elemen lawak menjadi lembut, sotong, ataupun bapuk merupakan medium lawak buat masa kini. Beliau juga boleh mengacara sambil berlawak yang tak mampu dibuat oleh Saiful Apek. Apa-apa pun, aku tak berapa suka sangat kekadang suara dia yang terlalu nyaring bila menjerit seperti lelaki lembut. Selain itu, beliau juga mahir dalam mengajuk attitude seseorang seperti dalam Chapalrela.



3 l nabil raja french kiss lawak
Oke, pemenang ABPH dua kali berturut-turut ni selayaknya dia duduk di top3. Anak negeri sembilan ini terkenal dengan telinga capang dan kepetahan beliau bercakap menjadi medium lawak untuk sesiapa yang meminatinya. Dulu pernah hot isu dia berpeluk dengan Irma masa sedang mengambil anugerah ABPBH, sekarang ni hot sekali ini bercumbu dengan Qasha (spa Q kan?). Ni menyebabkan populariti dia menurun meskipun lawak dia masih membuatkan kita ketawa.




 2 l zizan raja lawak
Dulu masa rumah takda "kuali" aku pun heran kenapa ramai sangat suka Zizan since dia mengacara Idola Kecil ntah hape-hape. Tapi sekarang, lepas tengok Spontan, LawaKing, RajaLawak rupanya memang tak salah lagi kenapa nama si hidung besar ini orang sebut-sebut. Setakat ni, tak pernah lagi nama dia rosak dengan gosip-gosip. Teruskan jaga nama tu. Jangan jadi macam Nabil. Tak senonoh. Haha. Lawak dia lagi bertambah "pekat" bila bergandingan dengan Johan. Tak hairan la orang panggil mereka Jozan sebab dah sebati dah mereka berdua. By the way, tahniah menang Best TV Personality ShoutAwards. You deserved it!


1 l allahyarham din beramboi
Berani kerat bulu hidung la kalau ada yangt ak setuju Din Beramboi deserved jadi Pelawak Lelaki no. 1 di Malaysia. Serius, lawak dia semua cukup, dari perwatakkan, percakapan, mimik muka, body language semuanya ada. Cuma lawaknya tergantung buat selama-lamanya apabila beliau meninggal dunia di saat namanya kian menaik. Korang perasan tak dia ni dulu takde sape pun nak kisah. Orang mula kisah bila dia menjadi penyampai radio "pagi di era". Din hanya menggunakan mulutnya sahaja membolehkan orang gelak benda yang sama dari pagi sampai ke esok pagi. Apa-apa pun, tahniah buat Din Beramboi. Lawakmu sentiasa di kenang. T__T"

Ok, gila panjang bukan entri ni? Ini hanya pendapat peribadi. Korang tak puas hati, bincang di ruang komen. Mintak maafla kalau ulasan ni macam ntah hape-hape. Yela, aku bukan pelawak. ;D

MegatAzfar: Kitorang nak Cikgu Shida nombor 1. Tak kire..tak kire! *sambil berguling-guling hentak kaki.

13 komen:

-wAn- said...

asal name aku xd megat???
oke...
aku tau aku NO 11..haha

are-pa said...

awalnye komen? ni baca cam tak bace je.
name kau? no. 11? 110 ade la..
btw, aku suka lawak fahmi dari ko. eh? ko pelawak ke mat? la la la~

-wAn- said...

xbace???
2x kot aku bace...haha

are-pa said...

gile!! terharu. *double thumbs up.

namaakulynn said...

tetap vote for afdlin+zizan+shaheizy sam..=)

are-pa said...

vote-vote! hantarkan ke 32999. lulz. cikgu shida tamo vote? =-X

yuszieka said...

hahaha. rating pelawak nie sme lbih kurg dgn pndpt sy.
cme sy rse lawak along lbih versatile brbanding angah.
huhuhu..
bdw, nice job! :-D :-D

are-pa said...

Haha..lack sikit-sikit normal lah. thanks for the comment. Heee..

lekatlekitgurl said...

lawak Din beramboi saya kenal dari zaman sekolah sebelum kemunculan dia di era lagi.. watak shasha,limt tat tat atuk ipin.. menjadi lawak yg sy akan kenang smpai bila2. Itu zaman di mana dia blom lg di kenali semasa di THR

are-pa said...

ohh..saya dulu tak berapa nak kenal dia. ada je jumpe muke dia dalam sitcom2, tapi takde nak gelak bagai. tapi semenjak die jadi dj era, pagi2 pegi skolah sengeh sorang2..haha.

falihin jasmi said...

pelawak perempuan takde list ke??

selamat belajar kat uitm perak: uitm terpanas di dunia
aku dh habis azab belajar dekat sana dgn cemerlang! yeah!

gud luck!

are-pa said...

pelawak pempuan? one day lau lapang saye buat.
lulz..HAHAHA! tula, pelik tul asal uitm perak panas sampai gitu. ingatkan uitm shah alam lagi panas.
oh yea? tahniah. thanks btw.

Afifah Fuad said...

yih! sumpah ta tipu.. arwah din sgt gorgeous!
nyway.. jgn la kutok2 nabil..

Post a Comment

 
©2008-2010 Trendy and Style™ | by Megat Azfar